my song

Friday, 19 December 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (kalimah terakhir)

Assalamualaikum, seperti biasa sebagai pembuka bicara.
penjam celik penjam celik akhirnya hari ini merupakan penghujung minggu ke 14 pembelajaran terakhir aku di UPM ini dan secara tidak langsung berakhir juga lah kursus BBM 4310 Bahasa dalam Multimedia. ( sedih sangat huhuhuhuh). Mengimbau kembali minggu pertama berada dalam kelas BBM 3410, pensyarah aku iaitu dr Normaliza sudah memberitahu kami semua bahawa kelasnya memang banyak kerja. Tapi yang tu aku dan tahu awal-awal dah kerana sebelum ini aku pernah mengambil kursus minor iaitu kelas terjemahan berbantukan komputer dengan beliau. jadi aku dan tahu lah macam mana cara dia mengajar dan banyak mana kerja yang dia akan bagi..hihihihihi

Tapi apa yang best kelas BBM 3410 ni adalah, kita tak perlu menulis, semua kerja yang diberikan melibatkan pratikal. Apa yang paling best sekali dalam kelas ini, aku dan kawan-kawan lain berpeluang menjadi Artis youtube.. hahahha  (Artis la sangat) Boleh dikatakan setiap minggu kami ditugaskan untuk membuat video dan post kat youtube. di sini lah kami belajar macam mana nak buat video, edit video, buat kalendar, tangkap gambar dan macam-macam lagi lah. Dalam kelas ini juga kami dapat lihat bakat-bakat yang ada pada kami dan juga kawan-kawan lain yang sebelum ini kami tak perasaan pun. ternyata ada di antara mereka memiliki bakat seorang pelakon, penyanyi dan penari. hihihih semua itu kami dapat lihat dalam video yang dihasilkan oleh kumpulan masing-masing.

Bercakap tentang pensyarah kami iaitu Prof Madya Dr Normaliza bt Abd Rahim, beliau sememangnya tenaga pengajar yang super hebat. Nak tahu kenapa aku cakap macam tu? sebab beliau seorang yang banyak mengajar aku tentang perkara yang aku tak pernah belajar sebelum ni. contohnya berlakon... aku memang tak pandai berlakon apatah lagi menyanyi... hahah tapi kerana beliau aku buat semua tu sehinggakan aku rasa aku tak malu untuk berlakon lagi ( moga-moga tak lama lagi akan ada tawaran dari syarikat filem ..haahaha Poyo je ). Selain itu aku juga suka cara dia mengajar sepoi, rilek dan bersahaja. penampilan beliau dalam kelas masih terbayang-bayang  dalam ingatan dengan beg galasnya 2.hahaha aku masih ingat lagi kata-katanya apabila beliau memberikan tugasan kepada kami, " kamu semua redha jela ye dengan semua tugasan ini, hari jumaat kita kena redha la." lebih kurang macam tu la bunyi nye.hihihihii tapi apa-apa pun, banyak perkara yang telah beliau ajar kepada kami dan akan kami jadikan pengalaman yang amat berharga dan digunakan di alam pekerjaan suatu hari nanti. Insyallah...


Bercakap mengenai kelas tutorial pula, sejujurnya tak banyak yang kami belajar dalam kelas itu, mungkin tenaga pengajar tahu macam mana nak buat sesuatu benda yag diajar itu cuma mungkin beliau tidak begitu tahu cara untuk menjelaskan atau mengajar kepada kami dengan baik. Bagi pihak  aku, banyak benda aku belajar melalui kawan-kawan seperti macam mana nak guna photoshop untuk buat kalendar dan macam mana nak guna movie maker untuk buat video. Tapi apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada tutor kami iaitu En Ehsan, En Nik dan Cik ika kerana telah menjadi tutor kami sepanjang 14 minggu dan terima kasih di atas apa yang telah diajar kepada kami walaupun tak banyak tapi ada juga ilmu yang kami peroleh yang dapat kami gunakan.

Akhir kata, tidak lupa kepada kawan-kawan terutama kawan-kawan satu group. susah senang kita harungi bersama. walaupun ada yang pernah kutuk video kita tapi kita tak kisah pun sebab yang kutuk kita 2 belum tentu boleh buat benda yang kita buat kan..hihihih terima kasih semua semoga hubungan kita akan terus berkekalan.



Ini merupakan kumpulan aku iaitu produksi Arjuna 

dari kiri Ezzati, Fizah, Zubaidah, Raihana dan Ati yang duduk .

Thursday, 18 December 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (video dokumentari)

Assalamualaikum kawan-kawan semua... hari ini saya ingin post satu video dokumentari yang baru dihasilkan oleh kumpulan kami. video ini juga merupakan video last untuk kursus BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia. (sedih rasanya huhuuhuhu)

video dokumentari ini merupakan video temubual kami dengan pelajar asing di Universiti Putra Malaysia. Dalam video ini kami bertanyakan tentang budaya di negara mereka. seperti budaya makanan, pakaian dan juga sambutan perayaan. Terima kasih kepada saudari Mariam, saudara Amir, Rashad dan Ali kerana sudi ditemubual. sememangnya anda semua seorang yang spoting la..hiihihihiih

selamat menoton semua..hihihihhi






Wednesday, 17 December 2014

BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia ( one shot video)

ASSALAMUALAIKAUM... sebenarnya pada post kali ni sy ingin bercerita tentang one shot video yang kumpulan kami telah hasilkan. tapi malang sekali video ini tidak dapat dipost kat blog ni..dah cuba berkali-kali tapi still tak dapat juga...huhuhuuhuh (sedih teramat)


one shot video merupakan tugasan pertama yang diberikan oleh dr Normaliza untuk kursus BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia.

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO - MALAM PESTA MUDA MUDI

https://www.youtube.com/watch?v=PripxA-U2t8

video ini merupakan video pertama kumpulan kami hasilkan. masa ni kte orang memang tak tahu nak cari idea apa untuk video pertama ni. fikir punya fikir kami semua sepakat nak buat video menari. ingatkan senang la kit kan..bila video ni siap kami sendiri tengok rasa malu plak dengan video ni...hahahaha rasa menyesal buat tarian baik buat lakonan lebih baik rasanya. tapi apa-apa pun ini la dikatakan pengalaman kan. tak semestinya semua pengalaman itu indah. kadang-kadang yang buruk itu yang mengajar kita untuk buat yang lebih baik kan.

BBM 3410 ONE SHOT VIDEO 3 LAYER - XRAY

https://www.youtube.com/watch?v=bdVhLFtk_yc

video ini merupakan video kedua kumpulan kami hasilkan. video ini mengisahkan tentang watak perempuan yang pakai baju ungu tu, berangaan yang di couple dengan lelaki 2. wahal tak pun apa hakikatnya.hahahah masa mereka semua tengah belajar sama-sama tu datang la geng samseng kg pisang. samseng sangat la 2. hahaha ketua kumpulan samseng 2 kira couple lelaki 2 la kisahnya..ish tak tahu nak cerita macam ner klu korang nak faham lebih lanjut tengok la sendiri video 2 ye...

MAAF TAK DAPAT NAK MASUKKAN VIDEO OLEH KERANA MASALAH TEKNIKAL YANG TAK DAPAT DIELAKKAN .  selamat menonton semua..( macam lah ada orang nak tengok kan...hihiihhi )

Monday, 15 December 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (video seram )

Post kali ni pula aku nak kongsikan tentang satu video seram yang kumpulan kami buat. Dalam video ni aku tak berlakon pun, Tapi untuk video ni aku jadi pengarah la..hahaahha. video ni nak kata seram rasanya tak seram pun. Nama jela video seram...hahahha tapi tahap keseramannya tu bergantung kepada seseorang individu gak la kan...

Video ni bertajuk Cerita Satu Malam. Bermakna kejadian ini berlaku dalam tempoh satu malam je. di mana terdapat gangguan yang berlaku ke atas seorang pelajar di dalam tandas. cerita ini bermula apabila pelajar ni pergi ke tandas pada waktu lewat malam untuk cuci muka dan gosok gigi, di sini la bermulanya gangguan itu sehingga la membawa ke biliknya...Apa yang berlaku seterusnya seperti biasala kan, korang kene la tonton sendiri. hahahaha

Biasala kan duk kat kolej cerita-cerita macam ni sering kita dengar la kan. Tapi aku berharap cerita macam ni tak kan berlaku la pada aku dalam kehidupan sebenar..takut kot. hahaah

(p/s INGAT jangan berani-berani pergi ke tandas pada waktu tengah malam kalau korang sememangnya seorang penakut...hahahah)




BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (video kuih tradisonal)

Post kali ni aku nak kongsikan tentang cara-cara nak buah kuih tradisonal yang ada di tempat kelahiran aku  iaitu Kelantan. Ada bermacam-macam kuih dan ada juga kuih yang nama dia agak pelik sikit klu bagi orang bukan kelahiran kelantan. video ini aku n geng-geng ( kumpulan kami) masak sendiri tau.hahaha ada juga kuih yang first time aku masak, sebelum ni pernah makan yang beli kat kedai n yang mak aku buat je. Tapi demi tugasan yang diberikan oleh  pensyarah kesayangan kami..hihihihi aku dan kawan2 cuba cari resepi kat google n blog. Alhamdulilah menjadi juga kuih-kuih kami buat..

Bagi siapa2 yang nak belajar buah kuih tradisional orang kelantan boleh la tonton video ni.. insyallah kalau anda sememangnya ada bakat memasak PASTI menjadi la.hahaha
( P/s klu nak tahu cara-cara buat kuih ni lebih lanjut boleh pm.. hahaha gurau je tapi dalam nada serius)




BBM 3410 Bahasa Dalam Multimedia (Video Stop Motion)

Assalamualaikum kawan-kawan semua, kali ni aku nak cerita sikit tentang Video Stop Motion. korang semua mesti pernah tengok video stop motion kan... bukan nak mengeluh ke apa, xpi kalau korang nak tahu untuk membuat video stop motion ni sangat la leceh.. nak siapkan video 1 minit tayangan bukan main banyak lagi gambar yg perlu diambil. betul-betul menguji kesabaran jugala proses untuk siapakan video ni. satu perkara lagi, sebelum nak ambil gambar tu kne pikir lu cerita apa nak buat, mcm mana nak lukis gambar. memang ambil masa la gak. Rasa menyampah pun ada xpi apa2 pun kne fikir positif la kan. bukan senang nak buat sesuatu tugasan. Tapi alhamdulilah akhirnya video itu dapat juga disiapkan.

Untuk video stop motion ni, aku telah memilih satu cerita tentang kisah percintaan. Cerita ni pendek je, satu cerita tentang cinta pandangan pertama..cis wah...hahaha Bermula dari satu pertemua ketika masih kecil membawa kepada satu persahabatan dan akhirnya membawa kepada percintaan dan memiliki sebuah keluarga.hihihihi Dalam video ni aku memilih lagu dari Tasha Marshahar iaitu Be Mine..bukan lagu la tapi muzik daripada piano. Aku saje je pilih muzik instumental sebab senang nak buat tema cerita apa2 pun kan kira sesuai la dengan apa jalan cerita pun. Video stop Motion yang aku buat pendek je dalam 1 minit. 

Ni merupakan video stop motion pertama aku jadi banyak lagi la kekurangan yang ada kat cni..jadi klu rasa nak komen apa2 tentang video ni, silakan la (aku terima apa saja komen yang membina... hahaaha) tak rugi pun kalau korang tengok...hihihihihi




Friday, 28 November 2014

BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia (Video tugasan sepanjang kursus Bahasa dalam Multimedia)


Assalamualaikum...kali ini pensyarah kami Dr Normaliza mengarahkan semua pelajarnya untuk upload semua video-video tugasan yang group masing-masing lakonkan ke dalam blog...untuk memenuhi tuntutan tugasan dalam subjek bbm3410 bahasa dalam multimedia. alah video biasa2 je yang group kte orang punya rasa malu pula nk kongsikan...hiihiihihi...


Aku mulakan dengan video ketiga kami dulu sebab video pertama dan kedua ada masalah sikit, tak boleh nak upload..ish stress betul...

ok jom layan video ni lu ye...



Ni plak video ketiga kami..video fokus pada kasut/ selipar... dalam video ni aku yang pegang watak lelaki 2 xpi meme orang cakap mcm lelaki...ish...teruk betul rasa xpi ok la kira sampai la kan. video ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ditinggalkan oleh kekasihnya apabila kekasihnya dapat menyambung pelajarannya di universiti.. kira kekasihnya ni jenis perempuan lupa daratan la (tak keterlaluan rasanya aku cakap macam tu kan...hihihihi) lelaki ni memang seorang yang setia la, mcm watak sebenarnya di luar video la..hihihih 




Ni plak video keempat kami...video tragedi yang bertajuk psiko...memang psiko la bila tgk video ni...hihihihi
video ni berkisah tentang pelajar universiti yang dibuli oleh akak-akak senior yang merupakan roomatenya sendiri. mungkin kerana tidak tahan akibat dibuli jadi pada perakhiran cerita ni, watak pelajar yang dibuli tu bertukar menjadi..ha part ni aku tak nak cerita biar korang sendiri yang tengok apa kesudahanya...hahaahh



Wednesday, 26 November 2014

Jalan-jalan di Melaka

Assalamualaikum...sebagai pembuka bicara. sebenarnya xada apa yang hendak dikongsikan sangat kt sini tapi ada la sikit-sikit nak cerita tetang aku jalan-jalan kat Melaka masa cuti sem bila eh dah xingat dah..hahaha

Masa ni, aku pergi jalan-jalan kat Melaka bersama-sama family abang dan adik aku. boleh dikatakan best gak la mai cni sebabnya pergi dengan abg sendiri, jadi segala kos pembelanjaan dia yang tanggung (yang 2 paling best kan, dapat cuci mata, perut kenyang n duit dalam poket xusik) hahaha

Banyak tempat yang aku pergi xpi di sini aku hanya nak kongsikan tentang pengalaman aku masuk Muzium Samudera je dulu.


Ni pemandangan bawah yang aku dapat nampak apabila berada di atas Muzium ni (cantik kan )




Best gak la masuk Muzium ni, xpi mula-mula melangkah masuk dalam Muzium ni rasa takut gak cz suasana dia gelap tambah pula ni kali pertama aku melangkah masuk kat cni jadi perasaan takut 2 ada la sikit sebab xtahu apa yang ada kat dalam ni xpi best gak la sebab ada banyak barang-barang bersejarah dan patung-patung pahlawan dan orang zaman-zaman Melaka dulu kat dalam ni (dah namanye Muzium kan). Nak masuk Muzium ni kene beli tiket, aku xingat berapa bayaran dia sbb abang aku yang bayarkan, aku cuma masuk je. Masa panjat tangga ni tiba2 rasa gayat la plak..hahaha


 Ni antara barang-barang sejarah yang terdapat dalam Muzium Samudera ni. (ada gak rasa seram tgk patung-patung ni buatnya dia tiba-tiba bergerak nyanye...hahahaha) sebenarnya ada banyak lagi gambar2 yang aku ambil xpi npak xcantik sangat gambar 2 jadi aku masukan mana yang rasa ok jela.



Gambar ni saje je nak selitkan kat sini sebab bak makan memang benda yang paling aku suka.Yang ni part paling best kat cni..cendol dia memang terbaikkkkkk la..sedap sgt rasa cendol ni. nak lagi nak lagi...hahaha aku xthu apa nama kedai yang jual cendol xpi seingat aku xjauh pun kalau berjalan dari bangunan Stadthuys . sebelum terlupa ni tempat yang pertama kami pergi apabila setibanya kami kat bandar melaka ni. (yang peting makan dulu bru jalan. xpi sebenarnya aku nk singgah lagi kat kedai cendol ni sebelum balik xpi mulut berat plak nak cakap..hahahaha)

sejujurnya aku memang xpandai la bab2 nak bercerita ni. Jadi sampai di sini saja la jalan-jalan kat Melaka ni. biarlah kenangan di sana hanya tersimpan dalam memori aku sahaja. hahahaaha xpi sebelum aku tamatkan cerita ni aku nk kongsikan satu gambar...


Gambar kami depan Kota A Famosa (abang aku yang ambil gambar ni jadi gambar dia xada la kat dalam ni)

Senang cerita korang pergi la sendiri kat cni rasa sendiri pengalaman 2 ( bagi yang mana xpergi lagi la). Aku pernah tanya sorang kawan, kawan fb la dari negara Asing iaitu dari korea. tempat apa yang paling best yang dia pernah pergi dalam Malaysia ni, dia cakap Melaka. katanya Melaka tempat yang sangat cantik...

ok la sekian terima kasih...

Saturday, 8 November 2014

DrNotts: Jalan-jalan cari makan di Korea

Bila tengok makanan korea semua aku nak cuba. Nampak macam sedap sangat, maklumlah tengok kat tv semua nampak sedap ditambah plak dengan cara diorang makan fuhhhh selera kot yang kenyang pun jadi lapar balik...hahahaha tugasan yang diberikan oleh DrNotts membawa aku untuk bercerita tentang pengalaman makan makanan korea walaupun bukan makanan korea asli.

Ada lah beberapa makanan korea yang aku dah makan xpi bukan dari korea la beli kat Malaysia je....




Ini kimbap Tuna yang aku buat sendiri...tengok rupa dia dah nampak kan tak menjadi..hihihi rasa dia jangan cakap la, mula-mula masa siap potong 2 sedap la kit. lepas 2 tong sampah yang habiskan...semua orang tak nak rasa...( langsung tak nak cuba hasil air tanga aku ni...ingat senang ke nak gulung benda ni...huhuhuhu)



Ini Ddukbokie (kuih beras)...baru sem lepas aku dapat rasa benda ni..ni pun rumate aku yang belikan kat kedai makanan korea yang dia biasa makan..aku bayangkan rasa dia best sangat tapi bila rasa boleh la, tak sampai tahap yang aku banyangkan la. Dalam Running Man bukan main sedap lagi nampak diorang makanan...hahaha


Ini plak Kimchi, rasa dia sedap, rangup dan masam yang aku makan kat seoul garden la...makanan ni memang selalu je ada kalau kita tengok drama korea kan..macam makanan wajib dan pembuka selera la bagi diorang kot





Ini plak sushi, aku pernah makan kat seoul garden gak..memang sedap. Benda yang warna oren bulat-bulat kecil tu tak tahu la apa benda nama dia tapi rasa dia macam biji-biji la senang cite. bila kita kunyah dia, rasa benda 2 hancur (arh susah la nak cakap macam ner bunyi dia 2, klu nak tahu cuba rasa sendiri. hahaha)



semua gambar-gambar ni aku ambil kat google je sebab masa makan tu lupa nak ambil gambar excited kot nak rasa. Tapi gambar kimbap yang pertama tu memang gambar yang aku ambil sendiri sebab aku yang buat kan.



 Aku mula minat dengan makanan korea masa mula-mula aku tengok cite winter sonata. sejak hari tu aku teringin sangat nak rasa semua makanan korea yang aku tengok kat tv. hihihihi Insyallah kalau ada rezeki aku nak cuba semua makanan korea. Yang paling penting makan kat  negara korea dan nak jumpa Yang Seung Ho...hahaahhahahahahaah gelak besar angan-angan je tu tapi kalau dapat jumpa betul-betul tak salah kan..kan hihihi ok la dah malas nak mengarut lagi nanti melarat plak...
 (p/s DrNotts kalau nak g korea pula, nak ikut boleh? hahahaha jangan marah gurau je )

Wednesday, 29 October 2014

kalendar 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Ini merupakan kalendar 2015 yang dihasilkan melalui proses pembelanjaran kelas bahasa dan multimedia..

masih dalam proses pembelajaran dan diharap oklah untuk dipertontonkan...hihihi