my song

Wednesday, 26 November 2014

Jalan-jalan di Melaka

Assalamualaikum...sebagai pembuka bicara. sebenarnya xada apa yang hendak dikongsikan sangat kt sini tapi ada la sikit-sikit nak cerita tetang aku jalan-jalan kat Melaka masa cuti sem bila eh dah xingat dah..hahaha

Masa ni, aku pergi jalan-jalan kat Melaka bersama-sama family abang dan adik aku. boleh dikatakan best gak la mai cni sebabnya pergi dengan abg sendiri, jadi segala kos pembelanjaan dia yang tanggung (yang 2 paling best kan, dapat cuci mata, perut kenyang n duit dalam poket xusik) hahaha

Banyak tempat yang aku pergi xpi di sini aku hanya nak kongsikan tentang pengalaman aku masuk Muzium Samudera je dulu.


Ni pemandangan bawah yang aku dapat nampak apabila berada di atas Muzium ni (cantik kan )




Best gak la masuk Muzium ni, xpi mula-mula melangkah masuk dalam Muzium ni rasa takut gak cz suasana dia gelap tambah pula ni kali pertama aku melangkah masuk kat cni jadi perasaan takut 2 ada la sikit sebab xtahu apa yang ada kat dalam ni xpi best gak la sebab ada banyak barang-barang bersejarah dan patung-patung pahlawan dan orang zaman-zaman Melaka dulu kat dalam ni (dah namanye Muzium kan). Nak masuk Muzium ni kene beli tiket, aku xingat berapa bayaran dia sbb abang aku yang bayarkan, aku cuma masuk je. Masa panjat tangga ni tiba2 rasa gayat la plak..hahaha


 Ni antara barang-barang sejarah yang terdapat dalam Muzium Samudera ni. (ada gak rasa seram tgk patung-patung ni buatnya dia tiba-tiba bergerak nyanye...hahahaha) sebenarnya ada banyak lagi gambar2 yang aku ambil xpi npak xcantik sangat gambar 2 jadi aku masukan mana yang rasa ok jela.



Gambar ni saje je nak selitkan kat sini sebab bak makan memang benda yang paling aku suka.Yang ni part paling best kat cni..cendol dia memang terbaikkkkkk la..sedap sgt rasa cendol ni. nak lagi nak lagi...hahaha aku xthu apa nama kedai yang jual cendol xpi seingat aku xjauh pun kalau berjalan dari bangunan Stadthuys . sebelum terlupa ni tempat yang pertama kami pergi apabila setibanya kami kat bandar melaka ni. (yang peting makan dulu bru jalan. xpi sebenarnya aku nk singgah lagi kat kedai cendol ni sebelum balik xpi mulut berat plak nak cakap..hahahaha)

sejujurnya aku memang xpandai la bab2 nak bercerita ni. Jadi sampai di sini saja la jalan-jalan kat Melaka ni. biarlah kenangan di sana hanya tersimpan dalam memori aku sahaja. hahahaaha xpi sebelum aku tamatkan cerita ni aku nk kongsikan satu gambar...


Gambar kami depan Kota A Famosa (abang aku yang ambil gambar ni jadi gambar dia xada la kat dalam ni)

Senang cerita korang pergi la sendiri kat cni rasa sendiri pengalaman 2 ( bagi yang mana xpergi lagi la). Aku pernah tanya sorang kawan, kawan fb la dari negara Asing iaitu dari korea. tempat apa yang paling best yang dia pernah pergi dalam Malaysia ni, dia cakap Melaka. katanya Melaka tempat yang sangat cantik...

ok la sekian terima kasih...

2 comments: